Header Ads


FUYOO!! 9 Gambar rumah banglo mewah berharga rm7 juta milik linda onn yang pasti buat anda kata wow!!

SAYA sendiri masih tidak percaya ini semua suatu kenyataan,” tutur Linda Onn membuka pintu bicara mengenai kediaman barunya di Setiahills yang terletak di Bukit Indah, Ampang.

Banglo dua tingkat dengan keluasan termasuk tanah yang mencecah 8,000 kaki persegi (743 meter persegi) yang terletak di pinggir kawasan metropolitan Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Bandar Baru Ampang dan Ampang Jaya itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 45 buah banglo berkonsep resort atau vila spa Bali.

 

Merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan eksklusif dengan kawalan keselamatan 24 jam, Setiahills yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah terbesar di Malaysia, SP Setia itu dibina dengan pelbagai reka bentuk. Harga setiap banglo tersebut pula mencecah antara RM2.2 hingga RM3.6 juta (tetapi kini boleh mencapai harga RM7 juta!!!).

“Diperkenalkan dengan Setiahills oleh seorang kawan, mula-mula saya langsung tidak berminat untuk membeli rumah di sini sebab harganya yang agak tinggi,” akui Linda, 32.


Sekadar menyebut harga kediaman yang baru didudukinya kira-kira sebulan itu dalam lingkungan jutaan ringgit, penyampai radio popular yang kini bertugas dengan stesen Sinar FM itu menyambung bicara, “Namun, apabila mengkaji semula bajet, Linda pun terima ini (pembelian banglo tersebut) sebagai satu tanggungjawab baru. Justeru, Linda terima cabaran dengan membelinya untuk dijadikan aset terbaru.”

Bersatu dengan alam

Dekorasi ruangan dalaman banglo Linda itu sebenarnya sama sahaja seperti banglo lain yang dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Namun, apabila bahagian belakang banglo itu bersatu dengan alam sekitar, keluasan dan keselesaannya mampu membuatkan emosi bebas daripada segala tekanan hidup.


Buktinya kawasan belakang banglo itu betul-betul menghadap bukit yang menghijau. Kedudukan banglo ini pula agak istimewa berbanding banglo-banglo berhampiran kerana ia terletak di lot hujung yang menyuntik ciri eksklusif yang ekstra.

Lagi Gambar Sepenuhnya Disini : http://beritasuamkuku.blogspot.my/2015/04/9-gambar-rumah-banglo-mewah-berharga.html

No comments:

Powered by Blogger.