Dr. Mashitah Ibrahim: Ibu tunggal boleh jual badan jika darurat??
Inilah jawapan UTUSAN mengenai kenyataan Dr. Mashitah Ibrahim di atas:-
Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil untuk mengutarakan pendapat saya secara peribadi mengenai jawapan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim mengenai hukum pelacuran. Dr. Mashitah menjawab soalan Razin dalam ruangan Anda musykil Dr.
Doktor Mashitah jawab sebuah akhbar mingguan yang mempersoalkan apakah hukumnya ibu tunggal yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak-anak. Adakah anak-anak yang sudah mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa dan apakah hukumnya wang itu dizakatkan?
Dr. Mashitah yang menjelaskan bahawa hukum dikeluarkan berbeza-beza mengikut keadaan. Dalam keadaan biasa beliau menjelaskan bahawa melacur itu tetap haram di sisi Islam. Namun ketika dalam darurat ia dimaafkan. Saya nampak ulasan yang beliau ingin sampaikan bukan bermakna jika keadaan terdesak dan terpaksa perempuan dibolehkan melacur. Sebaliknya hanya dalam keadaan darurat. Contoh paling mudah ialah khinzir di sisi Islam ia haram dimakan namun ketika darurat (tiada langsung makanan) khinzir boleh dimakan.
Jadi dalam keadaan ini melacur dimaafkan ketika dalam darurat sahaja. Masyarakat sendiri lebih memahami apakah maksud darurat di Malaysia. Persoalannya adakah di negara kita sudah sampai tahap darurat? Tidak, jadi saya nampak Dr. Mashitah mengajak kita dan insan yang bertanya berfikir secara rasional. Adakah dengan menjadi ibu tunggal sudah sampai tahap darurat? Malah ingin membayar zakat fitrah lagi. Sedangkan kita ada Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang akan membela nasib para ibu tunggal. Justeru bagi saya Dr. Mashitah tetap menyatakan dalam kes soalan Razin itu sebagai haram seorang ibu tunggal melacur tetapi apabila darurat ia dimaafkan.
Begitu juga Dr. Mashitah telah memberi penekanan kepada perkataan “terpaksa” yang bermaksud kemungkinan seseorang wanita itu ditipu dan diperangkap lalu dilacurkan. Maka dalam hal ini wanita tersebut tidak bersalah kerana bukan atas kehendaknya sendiri, tetapi orang yang menjadi bapa ayam itulah yang terpaksa menanggung dosa wanita tersebut.
Kesimpulannya, saya berharap agar jawapan beliau tidak disalah ertikan oleh masyarakat kerana ia akan mengeruhkan keadaan sahaja. Maka bagi saya tidak wajar untuk masyarakat ingin memanjangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Yang penting kita jangan cepat melatah!. – LIDAH EMAS, Kuala Lumpur.
SURAT KEDUA
SAYA begitu terpanggil untuk turut mengupas isu pelacuran yang diulas oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Berikutan dengan, penulis Rozman Malakan dari Senawang, Negeri Sembilan menyarankan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberikan ulasan.
Saranan ini kurang bijak dan tidak kena dengan gayanya.
Mungkin segelintir daripada kita lupa akan kepentingan dan peranan yang lebih besar yang perlu dimainkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai institusi yang berautoriti dan tinggi kedudukannya dalam negara bagi mengeluarkan fatwa dan manhaj (cara).
Lazimnya fatwa dikeluarkan bagi menyelesaikan pertikaian di kalangan umat Islam serta melibatkan suatu kemasalahan agama yang berdasarkan kepentingan umum sahaja. Tidak cukup setakat itu jawatankuasa induk dalam mengeluarkan fatwa rasmi negara ini juga biasanya akan hanya mengeluarkan manhajnya dengan mengambil kira situasi semasa di Malaysia.
Ia biasanya melibatkan pertikaian, kekaburan serta perkara yang bersifat baharu ijtihadnya di sisi hukum syarak yang tidak pernah dibicarakan dalam mana-mana kitab mahupun syarahan mana-mana ulama yang muktabar.
Persoalannya adakah isu pelacuran yang dikupaskan oleh Dr. Mashitah itu telah jelas hukumnya iaitu haram di sisi agama tetapi penetapan hukum itu adalah berdasarkan situasi (zhuru atau waqi). Ibaratnya seorang doktor yang memberi panduan dan cara berubat kepada seorang pesakit demam adakah secara logiknya akan sama dengan jenis ubat bagi orang yang sakit barah otak.
Malah di zaman Rasulullah sendiri pun para sahabat pernah melihat bagaimana nabi menjatuhkan hukum yang berbeza bagi perkara yang sama hanya kerana keadaan dan situasinya yang berbeza bagi menjaga kemasalahan ummah. – SOHIBUL FUQAHA, Johor Darul Takzim.
Setuku dgn komen Dr Masyitah! Kalau Dr Masyitah bogel dan lakon gangbang dgn 5 lelaki tanpa kondom pun ok. Saya tetap akan terima dia sebagai isteri solehah & terus memyayangi dia sebagai isteri setia
ReplyDelete