Header Ads


Sayu, jururawat yang disakat oleh Tunku Jalil kongsi SAAT-SAAT TERAKHIR sebelum Tunku jalil MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR...

 

Sayu, jururawat yang disakat oleh Tunku Jalil kongsi SAAT-SAAT TERAKHIR sebelum Tunku jalil MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR...

Video memaparkan telatah Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim bergurau dengan seorang jururawat Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hingga menjadi viral pasti masih segar dalam ingatan semua.

Video berdurasi 0.36 saat itu memaparkan gelagat Allahyarham menyergah jururawat senior wad berkenaan, Selmi Hamdan, 60, sehingga kini telah ditonton lebih 150,000 orang di laman sosial YouTube.

Menceritakan pengalaman menjaga Allahyarham ketika dirawat di wad berkenaan, Selmi berkata, Tunku Abdul Jalil merupakan seorang anak raja yang berjiwa rakyat serta memiliki keperibadian yang sangat baik.

Kesemua jururawat dan staf di wad diraja ini amat sayangkan Allahyarham kerana sikapnya yang sentiasa menghormati kami seperti ahli keluarganya sendiri.

Sebab itu kami semua amat bersedih apabila mendapat berita tentang kemangkatan Allahyarham semalam. Saya pada mulanya tidak dapat menerima hakikat namun akhirnya reda kerana percaya Allah SWT lebih sayangkan Allahyarham, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selmi yang sudah bersara sejak Mac lalu berkata, dia banyak menyimpan kenangan ketika merawat Allahyarham dan antaranya yang tidak boleh dilupakan adalah telatah Allahyarham yang gemar menyakatnya.

Menurutnya, kira-kira dua minggu sebelum Allahyarham menjalani pembedahan di hospital swasta di China pada penghujung tahun lalu, dia sering mengusik dan mengejutkannya bila berpeluang berbuat demikian.

Sebab itu bila dikenang semula saat itu hati saya menjadi sebak kerana saya amat menyayanginya Allahyarham macam anak saya sendiri, katanya.
Ujar Selmi, dia mengetahui berita kemangkatan Tunku

Abdul Jalil daripada anak sulungnya namun tidak berpeluang menghadiri istiadat pemakaman Allahyarham kerana menjaga anak keempatnya yang menjalani pembedahan lutut.
Sumber: norichmedia


No comments:

Powered by Blogger.