Header Ads


TERBOCOR RAHSIA KEKAYAAN KERABAT JOHOR YANG DIDEDAH SENDIRI OLEH TUNKU AMINAH

 

Puteri tunggal bagi Sultan Johor, Tunku Aminah telah berkongsi gambar dirinya yang sedang menikmati minuman Starbucks bersama abangnya iaitu Tunku Idris.

Namun, gambar itu menerima komen yang tidak bersesuaian dengan gambar apabila seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama Dragonsle mengeluarkan komen yang mempertikaikan harta kekayaan kerabat diraja Johor.

Kenyataan itu jelas mempertikai dan mencabar Tunku Aminah sehingga terdapat beberapa rakyat Johor yang turut memperjelas bagaimana sebenarnya kerabat Diraja Johor mendapat wang yang jelasnya langsung tidak bergantung kepada elaun kerajaan.

Malah, elaun kerajaan itu mereka salurkan kepada yang lebih memerlukan. Kerabat Diraja Johor juga dikatakan memiliki perniagaan dan bisnes sendiri.

Tunku Aminah akhirnya membalas segala persoalan dan pertikaian yang ditimbulkan dan turut menceritakan dari mana sumber pendapatannya dan apa sebenarnya sumbangannya kepada rakyat Johor. Kenyataannya itu disokong kuat oleh Tunku Idris.






No comments:

Powered by Blogger.